CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 9 October 2012

P&P DI KELAS PK PEMBELAJARAN

Cikgu Mariati merupakan guru Matematik dalam kelas PK Pembelajaran. Dia telah mengaplikasikan kad nombor dan manik dalam topik pendaraban yang melibatkan satu digit dengan satu digit.

Cikgu Mariati menggalakkan murid menggunakan manik untuk mengira soalan yang melibatkan operasi darab. Kelas ini merupakan kelas PK Tahun 4 yang mengandungi murid dari umur 10 tahun sehingga 14 tahun.
Murid tengah memikir dan mencari jawapan bagi soalan 6 x 4 . Soalan ini merupakan soalan yang mudah bagi murid biasa tetapi agak susah bagi murid kelas pendidikan khas.
Kai Xing merupakan murid PK yang paling berumur dalam kelas ini.
Dia menerima cabaran untuk menjawab soalan yang telah dikemukan oleh Cikgu Mariati.


Kai Xing berasa gembira kerana menjawab dengan betul dan dipuji oleh cikgunya. 

1 comment: