CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, 28 November 2012

TEACHER TIPSTER

Berikut adalah satu klip video yang menarik, menunjukkan penguasaan fakta Matematik.

POWERPOINT INTERAKTIF

Bagaimana menghasilkan satu PowerPoint Interaktif

PENGGUNAAN POWERPOINT DALAM PEMBELAJARAN MATEMATIK

Dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik, penggunaan aplikasi seperti Ms PowerPoint merupakan satu pengisian yang sesuai untuk memberi pendedahan kepada murid dalam menguasai konsep Matematik dengan lebih pratikal dan jelas.
Murid membentuk satu gabungan bentuk 2D dengan menggunakan Ms PowerPoint

Mencetak hasil kerja dari Ms PowerPoint
Murid menunjuk hasil kerja yang telah direkacipta oleh mereka.


KLIP VIDEO MENGUASAI KEMAHIRAN MATEMATIK

SOLVING LONG MULTIPLICATION MULTIPLICATION GRID METHOD USING FINGER CALCULATOR

Tuesday, 13 November 2012

PERMAINAN MATEMATIK

Pada minggu yang lalu, murid tahun 6 saya telah mengadakan satu program menghasilkan permainan Matematik. Projek ini dijalankan dengan membahagikan murid kepada 10 kumpulan dengan setiap kumpulan seramai 10 orang. Mereka telah menghasilkan permainan yang menarik dengan inisiatif yang mengkagumkan.
Murid membuat  persedian untuk membina alat permainan



Lukis dan gunting








Mereka soalan kuiz




Permaian "Bull's Eye" telah dihasilkan dengan membaling duit syiling kepada bulatan yang mengandungi nilai 

Permainan meneka bentuk 3-dimensi
Permainan Urutan Nombor

Murid memijak nombor dalam urutan tertib menaik
Permainan "Ular dan Tangga"
Permainan "4-way counter"

Saturday, 20 October 2012

PENGAJARAN MASA DAN WAKTU

Saya tengah menjalankan satu sesi P&P yang berkaitan dengan tajuk Masa dan Waktu di sebuah kelas tahun 2.

Murid saya suka menggunakan papan putih untuk membuat pengiraan dan menulis jawapan mereka pada papan tersebut.

Konsep jam dikukuhkan dengan menggunakan modal jam supaya murid dapat mempratikkan kemahiran yang baru belajar pada alat maujud.




Murid tengah menjalankan kerja kumpulan - menghasilkan muka jam dan merekodkan aktiviti harian mengikut waktu yang diberi dalam tugasan tersebut. Mereka tengah sibuk menggunting, melekat, menulis.....
Murid menggunakan alat interaktif mobile untuk menjalankan aktiviti pengayaan iaitu menjawab soalan dalam  permainan masa dan waktu menggunakan web.

Ini adalah teknik pengukuhan minit yang telah direka oleh saya pada post yang lepas. Saya mengaplikasikan dalam kelas Tahun 2. Nampak berkesan dan dapat menarik perhatian murid untuk belajar hafalan minit dalam gandaan lima.

Hasil kerja kumpulan murid saya. Mereka bangga dengan kerja tangan sendiri. 

Friday, 19 October 2012

ALAT BANTUAN MENGAJAR

Di bawah ini adalah alat bantuan mengajar yang disediakan untuk menjalankan pengajaran dalam tajuk masa dan waktu.
Bahan untuk membina muka jam
Beraneka warna angka yang telah telah saya sediakan.

Melekat nombor pada piring.
Masukkan pin yang diperbuat daripada dawai halus dan butang.
Saip!
Bekas mengisi telur - untuk diguna dalam aktiviti pemulihan nanti
Tidak tinggal juga bola ping pong sebanyak 25 biji
Ini adalah teknik pengukuhan senggatan minit dalam gandaan lima yang telah direka oleh saya.  Kertas warna menunjukkan angka pada muka jam, bola ping pong menunjukkan minit dalam gandaan lima. Aktiviti ini akan melatih murid untuk menguasai sifir lima dengan berkesan.