CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label Pengajaran dan Pembelajaran. Show all posts
Showing posts with label Pengajaran dan Pembelajaran. Show all posts

Saturday, 20 October 2012

PENGAJARAN MASA DAN WAKTU

Saya tengah menjalankan satu sesi P&P yang berkaitan dengan tajuk Masa dan Waktu di sebuah kelas tahun 2.

Murid saya suka menggunakan papan putih untuk membuat pengiraan dan menulis jawapan mereka pada papan tersebut.

Konsep jam dikukuhkan dengan menggunakan modal jam supaya murid dapat mempratikkan kemahiran yang baru belajar pada alat maujud.




Murid tengah menjalankan kerja kumpulan - menghasilkan muka jam dan merekodkan aktiviti harian mengikut waktu yang diberi dalam tugasan tersebut. Mereka tengah sibuk menggunting, melekat, menulis.....
Murid menggunakan alat interaktif mobile untuk menjalankan aktiviti pengayaan iaitu menjawab soalan dalam  permainan masa dan waktu menggunakan web.

Ini adalah teknik pengukuhan minit yang telah direka oleh saya pada post yang lepas. Saya mengaplikasikan dalam kelas Tahun 2. Nampak berkesan dan dapat menarik perhatian murid untuk belajar hafalan minit dalam gandaan lima.

Hasil kerja kumpulan murid saya. Mereka bangga dengan kerja tangan sendiri. 

Tuesday, 9 October 2012

P&P DI KELAS PK PEMBELAJARAN

Cikgu Mariati merupakan guru Matematik dalam kelas PK Pembelajaran. Dia telah mengaplikasikan kad nombor dan manik dalam topik pendaraban yang melibatkan satu digit dengan satu digit.

Cikgu Mariati menggalakkan murid menggunakan manik untuk mengira soalan yang melibatkan operasi darab. Kelas ini merupakan kelas PK Tahun 4 yang mengandungi murid dari umur 10 tahun sehingga 14 tahun.
Murid tengah memikir dan mencari jawapan bagi soalan 6 x 4 . Soalan ini merupakan soalan yang mudah bagi murid biasa tetapi agak susah bagi murid kelas pendidikan khas.
Kai Xing merupakan murid PK yang paling berumur dalam kelas ini.
Dia menerima cabaran untuk menjawab soalan yang telah dikemukan oleh Cikgu Mariati.


Kai Xing berasa gembira kerana menjawab dengan betul dan dipuji oleh cikgunya. 

PROSES P&P DI KELAS PENDIDIKAN KHAS PENDENGARAN

Hari ini saya melawat ke Kelas Pendidikan Khas Pendengar. Pn Liong, guru PK Khas sedang mengajar matematik dengan menggunakan alat bantuan mengajar. Kelihatan murid sedang menumpu perhatian pada penerangan yang telah diberikan oleh guru mereka dalam bahasa isyarat.

Puan Liong menggunakan beberapa jenis ABM seperti jadual urutan nombor, dekad-dekad, set nilai nombor serta blok nombor dalam tajuk penambahan meliputi nombor tiga digit.