CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, 20 October 2012

PENGAJARAN MASA DAN WAKTU

Saya tengah menjalankan satu sesi P&P yang berkaitan dengan tajuk Masa dan Waktu di sebuah kelas tahun 2.

Murid saya suka menggunakan papan putih untuk membuat pengiraan dan menulis jawapan mereka pada papan tersebut.

Konsep jam dikukuhkan dengan menggunakan modal jam supaya murid dapat mempratikkan kemahiran yang baru belajar pada alat maujud.




Murid tengah menjalankan kerja kumpulan - menghasilkan muka jam dan merekodkan aktiviti harian mengikut waktu yang diberi dalam tugasan tersebut. Mereka tengah sibuk menggunting, melekat, menulis.....
Murid menggunakan alat interaktif mobile untuk menjalankan aktiviti pengayaan iaitu menjawab soalan dalam  permainan masa dan waktu menggunakan web.

Ini adalah teknik pengukuhan minit yang telah direka oleh saya pada post yang lepas. Saya mengaplikasikan dalam kelas Tahun 2. Nampak berkesan dan dapat menarik perhatian murid untuk belajar hafalan minit dalam gandaan lima.

Hasil kerja kumpulan murid saya. Mereka bangga dengan kerja tangan sendiri. 

Friday, 19 October 2012

ALAT BANTUAN MENGAJAR

Di bawah ini adalah alat bantuan mengajar yang disediakan untuk menjalankan pengajaran dalam tajuk masa dan waktu.
Bahan untuk membina muka jam
Beraneka warna angka yang telah telah saya sediakan.

Melekat nombor pada piring.
Masukkan pin yang diperbuat daripada dawai halus dan butang.
Saip!
Bekas mengisi telur - untuk diguna dalam aktiviti pemulihan nanti
Tidak tinggal juga bola ping pong sebanyak 25 biji
Ini adalah teknik pengukuhan senggatan minit dalam gandaan lima yang telah direka oleh saya.  Kertas warna menunjukkan angka pada muka jam, bola ping pong menunjukkan minit dalam gandaan lima. Aktiviti ini akan melatih murid untuk menguasai sifir lima dengan berkesan.

Monday, 15 October 2012

PERMAINAN NOMBOR YANG MENARIK

Permainan nombor ini telah menarik perhatian saya semasa saya melawati satu blog yang bertajuk " Helping Little Hands".
Permainan ini menarik sebab ia melibatkan kemahiran berfikir dan kemahiran psikomotor. Nombor bermula daripada 1 hingga 10 telah diletak di atas lantai. Murid akan melompat dan memijak nombor mengikut teknik menaik atau menurun. Permainan ini akan mengukuhkan lagi konsep rangkaian nombor. Ia sesuai dijalankan di kelas Pra Sekolah dan juga Tahun 1.

Nombor disusun dalam garisan lurus terlebih dahulu untuk membina konsep membilang nombor secara menaik.
Nombor disusun secara rawak, Murid perlu memikir dan mencari nombor yang seterusnya.

Permainan ketinting menggunakan nombor.

Susunan nombor dalam bentuk bulatan.

Friday, 12 October 2012

PENGUASAAN SIFIR DENGAN MUDAH


Kemahiran asas matematik seperti tambah, tolak, darab dan bahagi saling berkait antara satu sama lain. Jika pelajar gagal menguasai salah satu kemahiran ini, ia akan memberi kesan kepada pembelajaran kemahiran yang seterusnya.


Kemahiran menambah terkandung di dalam kemahiran mendarab.

Dalam asas kemahiran sifir, terdapat dua jenis nombor yang boleh kita kelaskan untuk memudahkan penguasaan sifir. Jika kita memahaminya, pemahaman dan penguasaan sifir akan menjadi mudah. Dua jenis nombor yang perlu difahami kategorinya ialah nombor ganjil dan nombor genap.

Bagi sifir yang bermula dengan nombor ganjil, ia akan mempunyai urutan nombor yang bermula dari 1,2,3,4,5,6,7,8,9. Manakala bagi sifir yang bermula dengan nombor genap, ia akan bermula dengan urutan nombor seperti 2,4,6,8,0,2,4,6,8. 

Contoh sifir 2 di bawah :
 Urutan nombor bermula dari 2,4,6,8,0,2,4,6.
 Apabila dimasukkan angka merah seperti berikut, ia akan menghasilkan jawapan untuk sifir 2.
Contoh sifir 3 (nombor ganjil) :
Urutan nombor bermula dari 1,2,3,4,5,6,7,8,9
Apabila ditambahkan angka yang berwarna merah, jawapan sifir 3 telah dihasil.